Indonesia patah percubaan seludup amonium nitrat

Indonesia patah percubaan seludup amonium nitrat

JAKARTA, 14 Sept – Polis Indonesia telah mematahkan tig percubaan berasingan untuk menyeludup amonium nitrat dari April hingga Ogos berjumlah 166.47 tan dengan nilai sebanyak Rp25.97 bilion (kira-kira RM4 juta) The Jakarta Post melaporkan hari ini.

Amonium nitrat ialah sebatian kimia yang boleh digunakan sebagai bahan peledak oleh nelayan untuk menangkap ikan atau pengganas untuk membuat bom.

Satu-satunya akhbar bahasa Inggeris tempatan itu memetik Ketua Polis Indonesia, Jen Tito Karnavian sebagai berkata polis telah memintas kapal-kapa dari Malaysia dekat perairan Sumatera dan baru-baru ini menahan sebuah kapal membawa 50 tan amonium nitrat. – Bernama