Indonesia patahkan sindiket seludup haiwan

Indonesia patahkan sindiket seludup haiwan

JAKARTA, 19 Nov (Agensi) – Pihak polis telah menahan enam orang atas dakwaan penglibatan dalam rangkaian penyeludupan binatang terpelihara.

Polis telah merampas enam ekor beruang madu, empat burung syurga dan anak harimau dahan ketika operasi yang dijalankan sejak beberapa hari lalu, kata jurucakap polis Jakarta Muhammad Iqbal.

Sindiket tersebut telah menyeludup dua ekor orangutan ke Dubai dan seekor beruang madu ke Kuwait, katanya.

“Sindiket itu mempunyai rangkaian yang luas, melibatkan orang luar,” katanya. Di antara yang ditahan ialah warganegara Libya dan seorang ahli kakitangan di bahagian kuarantin haiwan lapangan terbang, kata Iqbal.