Indonesia patahkan usaha penyeludupan anak penyu

Indonesia patahkan usaha penyeludupan anak penyu

JAKARTA, 23 Feb (AFP) – Pihak berkuasa Indonesia telah berjaya menggagalkan cubaan penyeludupan lebih 4,000 anak penyu dilindungi yang bernilai puluhan ribu dolar untuk dihantar ke China, kata pegawai kastam, kelmarin.

Lebih daripada 3,700 penyu jenis ‘pig-nosed’ dan hampir 900 penyu jenis ‘snake-necked’ ditemui pada hujung minggu, yang tersembunyi di dalam sebuah bangunan di pinggir ibu kota Jakarta.

“Pegawai kastam berjaya mematahkan cubaan penyeludupan penyu,” kata satu kenyataan daripada pejabat kastam lapangan terbang Jakarta. Penyu itu dilaporkan akan dihantar melalui lapangan terbang, dan pegawai-pegawai kastam lapangan terbang berjaya menghentikan usaha penyeludupan itu.

Penyu, yang bernilai kira-kira AS$90,000 itu disembunyikan di kalangan ikan jenis ‘clown loach’, yang boleh dieksport dari Indonesia.

Pegawai kastam Indonesia melihatkan empat daripada lebih 4,000 penyu dilindungi yang telah disita di Tangerang, wilayah Banten, selepas pihak berkuasa berjaya mematahkancubaan menyeludup haiwan itu ke China. – AFP
Pegawai kastam Indonesia melihatkan empat daripada lebih 4,000 penyu dilindungi yang telah disita di Tangerang, wilayah Banten, selepas pihak berkuasa berjaya mematahkancubaan menyeludup haiwan itu ke China. – AFP

Reptilia itu dikatakan akan diterbangkan ke Guangzhou, selatan China, dalam kenyataan itu.

Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semulajadi mengklasifikasikan penyu ‘pig-nosed’ dan penyu ‘snake-necked’ sebagai spesies yang terancam, dan berkata kedua-dua spesies itu popular sebagai haiwan pemeliharaan.

Sesetengah spesies penyu yang lain juga popular di China sebagai makanan eksotik dan juga untuk kegunaan dalam perubatan tradisional.