Indonesia penjara 7 lelaki sokong IS

Indonesia penjara 7 lelaki sokong IS

JAKARTA, Indonesia, 12 Feb – Mahkamah Indonesia menjatuhkan hukuman penjara ke atas tujuh lelaki selepas didapati bersalah kerana menyokong kumpulan militan IS, kelmarin.

Hakim Syahlan berkata, kesemua tertuduh didakwa bersubahat, membantu dan membuat persediaan untuk aktiviti berkait keganasan.

Difahamkan, ketujuh-tujuh lelaki itu dipenjara di antara tiga hingga lima tahun atas pelbagai pertuduhan termasuk dengan menyertai latihan ketenteraan di Syria untuk menyebarkan ideologi pelampau.

Selain itu, mereka juga dipercayai mengumpul dana bagi membiayai kos perjalanan rakyat negara itu yang mahu menyertai perjuangan IS di rantau Arab.

Kerajaan Indonesia kini dalam keadaan berjaga-jaga setelah insiden tembakan dan pengebom berani mati di ibu negara itu yang turut meragut sekurang-kurangnya lapan nyawa. – Reuters

Polis bersenjata Indonesia mengiringi suspek yang disyaki radikal Islam ke mahkamah di Jakarta. – AFP
Polis bersenjata Indonesia mengiringi suspek yang disyaki radikal Islam ke mahkamah di Jakarta. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA