Indonesia penjara pedagang orangutan

Indonesia penjara pedagang orangutan

JAKARTA, 13 Julai (AFP) – Seorang pedagang orangutan Indonesia telah dijatuhkan penjara selama dua tahun selepas dia didapati cuba untuk menjual anak beruk, sabitan luar biasa ke atas jenayah hidupan liar di negara itu, menurut pihak berkuasa hari ini.

Sebuah mahkamah di Medan, pulau barat Sumatera, juga mengarahkan Haris Nasution untuk membayar denda sebanyak 10 juta rupiah ($750) selepas dia didapati bersalah minggu lalu di bawah undang-undang yang menegah perdagangan orangutan.

Pihak berkuasa telah menahannya pada Februari lalu di wilayah Sumatera Utara bersama spesies terancam, seekor orangutan Sumatran, di dalam begnya, menurut pejabat pemuliharaan sumber tempatan, yang bertanggungjawab memantau jenayah hidupan liar di kawasan itu.

“Saya berharap hukuman itu akan menjadi satu pencegahan dan mahkamah lain di seluruh Indonesia akan mengikutinya untuk menghukum para pedagang sekeras yang mungkin,” kata ketua pejabat pemuliharaan, John Kenedie memberitahu AFP.

Dianggarkan hanya 6,000 hingga 7,000 ekor orangutan Sumatran yang masih wujud, dengan beratus-ratus lagi mati setiap tahun akibat pemburuan haram dan pembasmian hutan.

Anak beruk yang diselamatkan itu dinamakan ‘Cita Ria’ bermaksud ‘rasa gembira’ dalam bahasa Indonesia – telah dijaga oleh Program Pemuliharaan Orangutan Sumatran (SOCP) dan akhirnya akan dikembalikan ke tempat asalnya.