Indonesia rai Ulang Tahun ke-70

Indonesia rai Ulang Tahun ke-70

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Ogos – Hubungan dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan Indonesia yang sudah terjalin sekian lama terus diperkukuhkan dan dieratkan dalam pelbagai bidang yang bukan sahaja dalam bidang perdagangan, pendidikan, kebudayaan tetapi juga dari segi hubungan di antara rakyat dan penduduk kedua-dua buah negara.

Dalam hubungan itu, warganegara Indonesia yang bertugas dan menetap di Negara Brunei Darussalam tidak ketinggalan sama-sama meraikan Sambutan Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Republik Indonesia dalam Upacara Menaikkan Bendera Negara dan Sambutan Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Republik Indonesia ke-70 yang berlangsung di Kedutaan Republik Indonesia di Kampung Kawasan Lingkungan Diplomatik, Bandar Seri Begawan, hari ini.

Hadir di majlis berkenaan dan bersama-sama meraikan sambutan berkenaan ialah Duta Republik Indonesia ke Brunei, Puan Yang Terutama Nurul Qomar yang mana dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa sejak mencapai kemerdekaan, Republik Indonesia terus mengecapi pelbagai kejayaan dan pembangunan negara.

Puan Yang Terutama Nurul Qomar menyerahkan bendera Republik Indonesia kepada pasukan pengibaran bendera.
Puan Yang Terutama Nurul Qomar menyerahkan bendera Republik Indonesia kepada pasukan pengibaran bendera.
Di antara warga Indonesia yang sama-sama hadir di majlis berkenaan.
Di antara warga Indonesia yang sama-sama hadir di majlis berkenaan.

Indonesia telah mencapai pembangunan yang signifikan meskipun berdepan pelbagai aspek cabaran, yang sebilangannya mengancam perpaduan kebangsaan seperti pergolakan politik, masalah sosial, bencana alam dan sebagainya.

Majlis itu kemudiannya menyaksikan mereka yang hadir sama-sama memeriahkan dan meraikan acara berkenaan serta turut berpeluang mengeratkan silaturahim di antara satu sama yang lain di majlis yang penuh bermakna itu.

ARTIKEL YANG SAMA