Indonesia rancang perketat undang-undang anti-keganasan

Indonesia rancang perketat undang-undang anti-keganasan

JAKARTA, 17 Feb – Indonesia merangka rancangan bagi undang-undang anti keganasan yang lebih keras ekoran serangan militan bulan lalu di ibu negara, termasuklah penahanan tanpa perbicaraan sehingga tiga bulan berbanding dengan seminggu pada masa ini, sumber-sumber kerajaan memberitahu Reuters semalam.

Cadangan itu mungkin mengundang kemarahan dari aktivis hak asasi kemanusiaan, yang telah memberi amaran tentang menjejaskan kebebasan yang telah sukar diraih hampir dua dekad sejak berakhirnya pemerintahan presiden autorita-rian, Presiden Suharto.

Bagaimanapun para pegawai menjangkakan sedikit tentangan dalam parlimen terhadap perundangan itu, yang tidak akan seketat undang-undang cegah keganasan yang diluluskan beberapa tahun kebelakangan oleh negara-negara jiran Australia dan Malaysia.

Kerajaan Presiden Joko Widodo bertindak cepat untuk membaharui undang-undang anti keganasan 2003 negara itu selepas 14 Januari, apabila empat orang lelaki menyerang daerah perniagaan Jakarta dengan senapang dan bahan letupan. Kumpulan IS mengaku bertanggung jawab di atas serangan itu, yang mana militan-militan dan empat orang lagi terbunuh.

Butiran pembaikan pulih itu telah dirahsiakan, tetapi dua sumber kerajaan yang begitu mengetahui tentang draf undang-undang itu berkata ia akan meluaskan definisi keganasan dan memudahkan lagi penangkapan dan penahanan tersangka.

Sumber-sumber itu enggan didedahkan identitinya kerana perundangan itu, yang boleh diluluskan dalam tempoh beberapa bulan akan datang, masih sedang dalam dipertimbangkan oleh parlimen, yang mana Widodo menikmati sokongan kuat menyeluruh parti.

“Definisi baru pengganasan termasuklah memiliki, mengagihkan dan perdagangan sebarang senjata atau bahan berpotensi yang boleh digunakan sebagai senjata bagi tindakan pengganasan,” menurut satu sumber. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA