Indonesia sedia jalani hukuman

Indonesia sedia jalani hukuman

JAKARTA, Indonesia, 26 Julai – Indonesia telah memperketat keselamatan di pulau penjara Nusa Kambangan dan menutup bagi lawatan pelawat dalam menunjukkan pihak berkuasa bersedia untuk menghukum pesalah-pesalah jenayah dadah.

Ketua penjara di wilayah Jawa Tengah hari ini berkata bahawa kira-kira 1,000 anggota polis telah dihantar ke Cilacap, bandar yang paling dekat dengan pulau sekuriti penuh itu, dan persediaan di pulau itu kini sudah lengkap.

Media tempatan melaporkan bahawa 14 orang, termasuk warga asing, akan dihukum bunuh.

Seorang penunjuk perasaan menunjukkan bantahan terhadap hukuman mati bagi penjenayah-penjenayah dadah di Indonesia. – AFP
Seorang penunjuk perasaan menunjukkan bantahan terhadap hukuman mati bagi penjenayah-penjenayah dadah di Indonesia. – AFP

Tahun lepas, Indonesia menghukum bunuh 14 orang pesalah jenayah dadah, kebanyakannya warga asing yang mencetuskan bantahan antarabangsa.

Kerajaan bagaimanapun belum mengumumkan tarikh hukuman seterusnya, atau jumlah orang, namun terdapat bayangan bahawa hukuman mati itu akan dijalankan dalam beberapa hari.

Dua banduan yang menunggu hukuman mati telah dipindahkan ke pulau itu sejak hujung minggu lepas. – AP

ARTIKEL YANG SAMA