Indonesia sertai semula OPEC

Indonesia sertai semula OPEC

JAKARTA, 7 Dis – Indonesia hari ini mengumumkan penyertaan semula negara itu sebagai anggota Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC).

Media-media portal berita tempatan hari ini memetik Menteri Energi danSumber Daya Mineral Republik Indonesia, Sudirman Said sebagai berkata, negaraitu secara rasmi telah kembali aktif sebagai anggota OPEC setelah tidak aktif sejak tahun 2008.

Menurutnya, Indonesia yakin penyertaan semula dalam OPEC akan membawabeberapa faedah kepada negara di samping dapat menjalinkan hubungan erat dengan negara-negara pengeksport minyak di seluruh dunia.

Sudirman berkata, menerusi hubungan yang rapat dengan negara pengeksport minyak membolehkan negara itu bertukar pandangan dan berurusan secara langsung dengan negara-negara pengeluar minyak.

Gambar fail ibu pejabat OPEC. Indonesia menyertai semula pertubuhan itu secara rasmi hari ini.
Gambar fail ibu pejabat OPEC. Indonesia menyertai semula pertubuhan itu secara rasmi hari ini.

Beliau berkata, kerajaan Indonesia sedang mengenal pasti individu yang akan dilantik sebagai perwakilan negara dalam organisasi berkenaan.

Indonesia menjadi anggota OPEC sejak tahun 1961 dan ia adalahsatu-satunya negara anggota OPEC dari Asia Tenggara.

Bagaimanapun pada tahun 2008, Indonesia menjadi anggota tidak aktif kerana mengalami defisit pengeluaran minyak.

Menurut laporan sebuah laman web Indonesia In Focus, pengeluaranminyak mentah Indonesia sekarang ialah sebanyak 800,000 tong sehari manakala penggunaan minyak negara itu adalah kira-kira 1.5 juta tong sehari. – Bernama