Indonesia tahan penyiasat antirasuah

Indonesia tahan penyiasat antirasuah

JAKARTA, 1 Mei (AFP) – Polis Indonesia menahan seorang penyiasat antirasuah terkemuka hari ini untuk menyoalnya berhubung peranannya dalam penembakan mati seorang pencuri lebih sedekad lalu, satu tamparan hebat terkini terhadap agensi penguat kuasa undang-undang yang begitu popular itu.

Agensi Pembasmian Rasuah (KPK) yang popular dalam kalangan rakyat biasa Indonesia kerana menjadi duri dalam daging institusi Indonesia, semakin lemah dalam tempoh empat bulan lalu dalam pertelagahan balas balik dengan pihak polis.

Presiden Joko Widodo tidak begitu melindungi agensi itu, yang membangkitkan persoalan tentang kelayakan antirasuah beliau di sebuah negara yang diletakkan oleh indeks persepsi Ketelusan Rasuah Antarabangsa di bawah China dan Niger.

Penyiasat KPK Novel Baswedan, saudara sepupu kepada Menteri Pendidikan Anis Baswedan, telah diberkas di rumahnya di Utara Jakarta selepas pihak polis menganggap dia tidak bekerjasama dengan penyiasatan ke atas kesnya.

“Kami telah memanggilnya dua kali untuk disoal siasat tetapi dia tidak muncul dengan alasan tertentu,” kata jurucakap polis Agus Rianto.

Agak luar biasa, Widodo menggesa polis supaya tidak menahan Baswedan, penyiasat KPK itu.

ARTIKEL YANG SAMA