Indonesia tambah pasukan pengaman bagi misi PBB

Indonesia tambah pasukan pengaman bagi misi PBB

JAKARTA, 11 Okt – Indonesia merancang untuk menambah bilangan tenteranya berkhidmat di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi misi pengaman iaitu seramai 4,000 orang tentera pada tahun 2019 dari 2,867 pada 2014, kata seorang menteri Indonesia.

Penambahan tentera pengaman itu bertujuan untuk menaik taraf kedudukan Indonesia ke dalam 10 negara teratas bagi penghantaran pasukan pengaman yang terbesar.

“Indonesia kini berada di kedudukan ke-11 di kalangan 123 negara yang menghantar pasukan pengaman. Kami berhasrat untuk naik ke kedudukan ke-10,” kata Menteri Hal Ehwal Luar Indonesia, Retno Marsudi semasa lawatan beliau ke pusat latihan tentera pengaman Indonesia di Sentul, Jawa Barat pada Isnin.

Satu-satunya cara untuk memenuhi matlamat ini adalah untuk meningkatkan bilangan tentera Indonesia yang berkhidmat dalam misi pengaman PBB, kata menteri itu.

Sejak perkhidmatan pengaman awal dengan PBB pada tahun 1957, Indonesia telah menghantar seramai 35,000 tentera yang berkhidmat di pelbagai misi PBB di seluruh dunia.

Indonesia kini nampaknya adalah negara yang menghantar bilangan terbesar tentera yang berkhidmat di misi berterusan PBB bagi Tentera Sementara PBB di Lebanon (UNIFIL), menurut Retno Marsudi.

Dari 10,490 tentera antarabangsa daripada 40 negara yang berkhidmat di UNIFIL, Indonesia telah menyumbang 1,296, dipetik oleh media tempatan sebagai berkata. – Xinhua