Indonesia temui kesemua 15 mangsa bot karam

Indonesia temui kesemua 15 mangsa bot karam

JAKARTA, Indonesia, 22 Ogos – Pasukan pencari hari ini telah menemui lima mangsa terakhir yang merupakan penumpang sebuah bot pelancong yang karam di Indonesia yang meragut nyawa 15 orang.

Pencarian itu berakhir dengan semua mangsa ditemui, kata Agustiawarman, ketua Agensi Pengurusan Bencana Tanjung Pinang. Hanya dua daripada 17 orang di dalam bot kayu kecil itu telah diselamatkan selepas ia karam di lautan bergelora pada Ahad di luar pulau Bintan, Indonesia, selatan Singapura.

Usaha menyelamat dan mencari melibatkan kira-kira 20 buah kapal dan 50 bot nelayan telah dihambat oleh angin kencang dan arus kuat, kata jurucakap agensi bencana, Sutopo Purwo Nugroho berkata kelmarin.

Menurutnya, penumpang bot itu merupakan pelancong tempatan yang hendak ke pulau Penyengat, kira-kira 6km dari bandar Tanjung Pinang di Bintan.

Nugroho berkata beberapa penumpang cuba untuk berenang namun mereka dilambung ombak setinggi tiga meter. Dua kanak-kanak antara yang terkorban. Operator bot dan seorang penumpang perempuan terselamat.

Tragedi bot karam perkara biasa berlaku di Indonesia, sebuah kepulauan yang mempunyai kira-kira 17,000 buah pulau. – AP

ARTIKEL YANG SAMA