Indonesia tenggelamkan kapal nelayan asing

Indonesia tenggelamkan kapal nelayan asing

JAKARTA, Indonesia, 1 Ogos – Indonesia akan meraikan Hari Kemerdekaannya bulan ini dengan menenggelamkan sebanyak 71 buah kapal perikanan asing yang dirampas kerana menangkap ikan secara haram di perairan negaranya.

Menteri Maritim dan Perikanan Susi Pudjiastuti mengatakan hari ini bahawa kapal-kapal dari Filipina, Vietnam, Malaysia dan China akan ditenggelamkan sekali gus di beberapa buah lokasi pada hari cuti kemerdekaan pada 17 Ogos ini.

Kebanyakan bot itu ditahan di pesisiran pulau Natuna, Indonesia di bahagian paling selatan Laut China Selatan.

Indonesia, negara gugusan kepulauan terbesar dunia, mengambil pendirian tegas terhadap penangkapan ikan haram semenjak Presiden Jokowi Widodo mengambil alih kepimpinan dalam 2014. Pudjiastuti sudah pun menyelia pemusnahan lebih daripada 170 kapal nelayan haram dari beberapa buah negara. – AP

Gambar fail 5 April 2016 menunjukkan kapal nelayan haram diletupkan oleh pihak berkuasa Indonesia di Kuala Langsa, wilayah Aceh. Indonesia akan menenggelamkan 71 kapal nelayan haram asing yang ditahan pada bulan kemerdekaannya, menurut menterinya hari ini. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA