Indonesia tolak rayuan PBB, EU

Indonesia tolak rayuan PBB, EU

CILACAP, Indonesia, 28 Julai – Hari ini Indonesia menolak rayuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Kesatuan Eropah(EU) supaya penghukuman mati dihentikan ke atas 14 orang pesalah dadah yang termasuklah warga asing, ketika spekulasi menjadi-jadi bahawa mereka mungkin berdepan skuad tembak dalam tempoh beberapa jam.

Kumpulan itu, yang termasuklah warga asing dari Nigeria, Pakistan, India dan Zimbabwe dan juga Indonesia, telah ditempatkan dalam pengasingan di pulau penjara yang menjadi tempat Jakarta melaksanakan penghukuman mati.

Pihak berkuasa meningkatkan persiapan dengan ambulans membawa keranda yang dilihat menyeberang ke pulau Nusakambangan.

Anggota-anggota keluarga mengatakan mereka telah dimaklumkan bahawa para pesalah akan menjalani hukuman pada malam Khamis, menurut seorang peguam dan diplomat. Para anggota keluarga meradang bahawa makluman itu lebih awal dari yang mereka sangkakan yang dibenarkan.

Pejabat peguam negara yang mengawasi pelaksanaan hukuman, tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasan mereka.

Segelintir penduduk Indonesia yang menolak akan pelaksanaan hukuman bunuh itu. - AFP
Segelintir penduduk Indonesia yang menolak akan pelaksanaan hukuman bunuh itu. – AFP

Kali terakhir Indonesia melaksanakan penghukuman mati ialah pada April 2015 apabila ia melaksanakan penghukuman mati ke atas lima orang pesalah dadah, termasuklah dua warga Australia, yang mencetuskan kemarahan antarabangsa.

Tetapi Presiden Joko Widodo mempertahankan penggunaan hukuman mati untuk memerangi meningkatnya pengambilan narkotik.

Pesuruhjaya tinggi PBB bagi Hak Asasi Kemanusiaan Zeid Ra’ad Al Hussein semalam menggesa Indonesia supaya menamatkan penggunaan hukuman mati yang ‘tidak adil’, sementara Kesatuan Eropah menggesa Jakarta supaya menghentikan ‘hukuman kejam dan tidak berperikemanusiaan yang gagal bertindak sebagai pencegah.”

Jurucakap kementerian luar Indonesia Arrmanatha Nasir mempertahankan penghukuman mati yang dilaksanakan sebagai ‘penguatkuasaan undang-undang semata-mata’.

“Saya perlu menekankan bahawa semua proses undang-undang ke atas para pesalah telah selesai, semua hak mereka telah dipenuhi kami mensasarkan para penyeludup dadah, bukan pengambil dadah,” ujarnya.

Jakarta berdepan tuduhan menyalahi undang-undangnya sendiri dengan merancang melaksanakan penghukuman mati itu hari ini.

Para diplomat dan peguam mengatakan mereka diberikan notis tiga hari yang diperlukan yang sah di sisi undang-undang, tentang pelaksanaan itu pada tengah hari Selasa dan percaya paling awal ia dilaksanakan ialah pada hari Jumaat. – AFP