Indonesia tolak tawaran bantuan Singapura

Indonesia tolak tawaran bantuan Singapura

SINGAPURA, 2 Okt (Bernama) – Indonesia menjelaskan pada mesyuarat antara pegawai kedua-dua negara yang ia mempunyai sumber mencukupi untuk menangani jerebu dan sehubungan itu buat masa ini tidak perlu menerima bantuan ditawarkan Singapura.

Menjawab soalan pemberita berhubung lawatan pegawai Singapura ke Jakarta untuk membincangkan isu berkaitan jerebu, Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Air (MEWR) menyatakan pasukan pegawai Singapura diketuai Setiausaha Tetap MEWR Choi Shing Kwok, mengadakan pertemuan dengan Menteri Koordinasi Politik, Undang-Undang dan Hal Ehwal Keselamatan Indonesia Jen (B) Luhut Binsar Pandjaitan dan Ketua Agensi Pengurusan Bencana Nasional Willem Rampangilei di Jakarta semalam.

Mesyuarat itu diadakan atas undangan pihak Indonesia.