Indonesia tunjuk bukti rasuah

Indonesia tunjuk bukti rasuah

SYDNEY, 17 Jun (AFP) – Polis Indonesia berkeras mengatakan pihak berkuasa Australia membayar anak kapal penyeludupan manusia AS$31,000 untuk berpatah balik, dengan mempamerkan ribuan dolar AS sebagai bukti, laporan memberitahu hari ini.

Polis Timor Barat juga mendakwa bahawa 65 pencari perlindungan dan enam krew anak kapal Indonesia ditempatkan pada perahu kayu untuk perjalanan pulang, dengan sebuah kehabisan minyak dan sebuah lagi terhempas pada terumbu sebelum melakukan pendaratan.

“Kami telah memberikan kamu bukti,” Jeneral Endang Sunjaya memberitahu Sydney Morning Herald, yang mempamerkan mukanya pada muka depan akhbar dengan gambar wang AS$100.

“Ia terpulang kepada kamu dan organisasi lain untuk menuntut jawapan dari kerajaan Australia.”

Perdana Menteri Australia, Tony Abbott menghadapi tekanan hebat terhadap dakwaan bayaran tersebut, yang mana beliau menolak untuk mengesahkan atau menafikan, mengatakan dia tidak mahu memberi komen pada hal operasi.

Gambar yang dikeluarkan oleh polis Indonesia menunjukkan bukti bahawa anak kapal penyeludupan manusia menerima wang rasuah dari pihak Australia untuk berpatah balik – AFP
Gambar yang dikeluarkan oleh polis Indonesia menunjukkan bukti bahawa anak kapal penyeludupan manusia menerima wang rasuah dari pihak Australia untuk berpatah balik – AFP

Menteri kanan kerajaan Scott Morrisan berkata dia berasa tiada keperluan bagi tindak balas atas dakwaan tersebut.

“Kami selalu mengerjakan sesuatu secara sah dan kami akan meneruskan berbuat demikian,” ujar bekas menteri imigresen tersebut.

Tetapi Indonesia berkeras mahukan jawapan, dengan Timbalan Presiden Jusuf Kalla memberi amaran baru-baru ini bahawa membayar duit kepada penyeludup manusia dikatakan satu “rasuah”.

Laporan hari ini berkata bahawa kapal penyeludupan manusia di tengah dakwaan meninggalkan Jawa Barat untuk ke New Zealand pada awal Mei membawa 65 orang kebanyakan warga Sri Lanka untuk mencari perlindungan.

ARTIKEL YANG SAMA