Indra Rosendi pamer kehebatan bersama Sunny

Indra Rosendi pamer kehebatan bersama Sunny

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Mei – Indra Rosendi yang menunggang kuda bernama Sunny memenangi Pertandingan Pertunjukan Lompatan anjuran Ekuestrian Brunei yang berlangsung di Stabel Kuda Diraja Jerudong Park.

Beliau mengungguli Bahagian Advance 90/110 Sentimeter meninggalkan Shulbi Azmi di tempat kedua dan Eri Gunawan yang terpaksa akur di tempat ketiga kategori berkenaan hari ini. Sementara itu bagi Bahagian Kelas terbuka 80/100 Sentimeter pula dimenangi oleh Awangku Haji Mohd Ibrahim bin Pengiran Dato Haji Abu Bakar yang menunggang kuda bernama Teguila diikuti di tempat kedua oleh Christine Simpson dan Ella Goodman di tempat ketiga.

Bagi acara Novis 70/80 Sentimeter pula dimenangi oleh Awangku Haji Mohd Ibrahim, diekori rapat saingannya, Anette Mack yang terpaksa akur di tempat kedua dan berada di tempat ketiga pula ialah Christine Simpson. Enya Brooks yang menunggang kuda bernama Lavenda mengungguli Bahagian Preliminary 40.50 Sentimeter (Junior) apabila berjaya menewaskan Benno Mack di tempat kedua dan Nadja Jasmine Donosepoetro yang berada di tempat ketiga.

Dalam acara Introduction 30/40 Sentimeter (senior) pula dimenangi oleh Dayangku Nurul Izzati Hamizah binti Pengiran Dato Haji Abdul Rahman yang menunggang kuda bernama Solomon.

Antara aksi yang dipamerkan para peserta semasa Pertandingan Pertunjukan Lompatan anjuran Ekuestrian Brunei.
Antara aksi yang dipamerkan para peserta semasa Pertandingan Pertunjukan Lompatan anjuran Ekuestrian Brunei.

Beliau meninggalkan saingan rapatnya yang menunggang kuda bernama Lavenda iaitu Ratchanee Dinnings, sementara itu berada di tempat ketiga bahagian berkenaan adalah Mohammad Aizuddin bin Haji Misrain.

Natalie Sia pula gah di dalam Bahagian Introduction II 30/40 Sentimeter (junior) apabila berjaya bersama kuda tunggangannya yang bernama Solomon menewaskan Flora Mack dan Ang Rui Yi yang berada di tempat kedua dan ketiga.

Menurut Setiausaha Agung Pusat Ekuestrian Brunei, Haji Abdul Karim bin Haji Wahab yang juga merupakan tetamu kehormat majlis menegaskan penyertaan kali ini adalah lebih baik berbanding tahun sebelum ini dan mengharapkan supaya perkembangan ini akan berterusan.