Indramas adakan majlis berbuka puasa

Indramas adakan majlis berbuka puasa

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Julai – Bagi mengambil keberkatan di bulan suci Ramadan ini, Syarikat Indramas Sdn Bhd dengan kerjasama BinaPuri (B) Sdn Bhd telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama kakitangan merangkumi lebih 1,000 orang pekerjanya.

Majlis yang dianjurkan buat kali kedua itu diadakan di Tapak Projek 1,000 Unit Perumahan Kampung Lugu dan turut dihadiri oleh Pegawai Pengawas Jabatan Pembangunan Perumahan, Awang Mohd Rozaiman bin Haji Abdul Rahman; Pengarah Urusan Inderamas Sdn Bhd, T.Mohan; dan Pengarah Pembangunan Perniagaan BinaPuri, Awang Ali bin Haji Osman.

Majlis diserikan dengan bacaan Tahlil dan Surah Yasin serta sembahyang Maghrib berjemaah  yang dipimpin oleh Awang Mohd Hilmi bin Haji Jamil.

Menurut Awang Ali, majlis ini dikhaskan bagi pekerja buruh supaya mereka tidak terasing dan sebagai majikan memberi mereka penghargaan, di samping untuk memberkati projek 1,000 Unit Perumahan Kampung Lugu serta Negara Brunei Darussalam amnya.

Menyentuh mengenai projek 1,000 Unit Perumahan Kampung Lugu yang bermula sejak 7 Ogos 2014, beliau berkata ia berjalan dengan lancar dan akan berakhir pada Ogos tahun ini.

Para kakitangan Indramas Sdn Bhd menunaikan solat Maghrib berjemaah selepas berbuka puasa.
Para kakitangan Indramas Sdn Bhd menunaikan solat Maghrib berjemaah selepas berbuka puasa.

ARTIKEL YANG SAMA