Industri Halal M’sia-Thailand berpotensi besar

Industri Halal M’sia-Thailand berpotensi besar

KUALA LUMPUR, 5 Jun – Industri halal di sempadan Malaysia-Thailand terutama negeri Perlis berpotensi besar untuk berkembang maju berikutan kedudukannya yang strategik, titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Menurut baginda, sumber bahan mentah yang lebih murah dan berkualiti tinggi dari wilayah selatan Thailand yang mempunyai lebih 20 juta penduduk itu turut membantu mengembangkan industri halal.

Menurut siaran media Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hari ini, Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah, lima wilayah selatan Thailand yang mempunyai penduduk yang sebahagian besarnya beragama Islam turut mendorong potensi itu. – Bernama