Industri Jepun merosot

Industri Jepun merosot

TOKYO, 28 Dis – Pengeluaran perkilangan Jepun jatuh buat kali pertama dalam tiga bulan pada November, demikian menurut data rasmi, petanda permintaan lemah pasaran membangun terus mengaburi prospek pemulihan ekonomi dalam ekonomi ketiga terbesar dunia itu.

Bagaimanapun, sektor pembuatan dijangka meningkatkan pengeluaran dalam bulan mendatang, menawarkan kelegaan kepada Bank of Japan dalam ia sedang bertungkus-lumus memacu pertumbuhan dan mempercepatkan inflasi ke arah sasaran dua peratus.

Pengeluaran perkilangan jatuh 1.0 peratus pada November daripada bulan sebelumnya lebih tinggi daripada ramalan pasaran yang jatuh 0.6 peratus, demikian menurut data Kementerian Perdagangan Jepun.

“Pengeluaran perkilangan tidak berubah,” kata kerajaan. Data berasingan menunjukkan jualan runcit jatuh 1.0 peratus pada November daripada setahun lalu, lebih tinggi daripada ramalan pasaran kejatuhan 0.6 peratus.

Yoshiki Shinke, ketua pakar ekonomi di Dai-ichi Life Research Institute, berkata pengeluaran November sebagai tidak baik.

Orang ramai berjalan melintasi bendera negara di daerah beli-belah di Tokyo, Jepun pada 28 Disember. Pengeluaran industri Jepun jatuh 1.0 peratus pada November. – Reuters
Orang ramai berjalan melintasi bendera negara di daerah beli-belah di Tokyo, Jepun pada 28 Disember. Pengeluaran industri Jepun jatuh 1.0 peratus pada November. – Reuters

“Saya kira pengeluaran perkilangan berhenti daripada jatuh tetapi tidak cukup kukuh untuk mencatat lantunan.

“Pada nada positif, jangkaan peningkatan unjuran sektor pembuatan bagi Januari dan mungkin jangkaan pengeluaran perkilangan akan bertambah baik awal tahun depan,” katanya.

Penganalisis menjangka pengeluaran perkilangan akan naik secara berperingkat pada awal 2016 berikutan pengeluar automotif meningkatkan pengeluaran model baharu, sungguhpun pasaran lemah di pasaran membangun yang menyuramkan tinjauan eksport.

Pengilang dikaji selidik kementerian terbabit menjangka akan meningkatkan pengeluaran sebanyak 0.9 peratus pada Disember dan menaikkannya sebanyak 6.0 peratus pada Januari, mencadangkan syarikat kekal positif akan tinjauan perniagaan.

Ekonomi Jepun terselamat daripada kemelesetan pada Julai-September dan penganalisis menjangka pertumbuhan sederhana pada suku semasa, dengan perbelanjaan pengguna dan eksport kekurangan momentum.

Bimbang pertumbuhan perlahan, kerajaan bercadang berbelanja hampir AS$800 bilion, rekod perbelanjaan terbesar dalam bajet bagi tahun fiskal yang akan bermula 1 April 2016.

Pada 18 Disember, Bank of Japan mengemas kini program rangsangan bagi memastikan ia boleh menyamai atau mempercepatkan percetakan wang bagi mencapai sasaran inflasi. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA