Industri kereta global berkumpul di China

Industri kereta global berkumpul di China

BEIJING, 22 April – Industri kereta global berkumpul untuk acara tahunan terbesarnya di China tatkala penganalisis berkata pasaran kereta nombor satu di dunia itu sedang menghadapi kemelesetan, dengan ekonomi lembap menjejas permintaan kenderaan.

Pertumbuhan jualan kereta China diramalkan mencecah lima peratus setahun dalam tempoh lima tahun akan datang tatkala ekonomi lebih lemah memberikan kesan, kata firma pakar runding McKinsey dalam satu laporan sebelum Pameran Kereta Beijing, yang dibuka pada Isnin.

“Selepas mencatat pertumbuhan dua digit, pasaran kereta China sedang meleset. Satu ekonomi sederhana adalah salah satu faktor utama dalam kemerosotan pasaran terbesar dunia untuk kereta,” kata McKinsey.

Pengeluar kereta domestik dan antarabangsa menghadapi persaingan sembelih untuk pengguna di mana pilihan mereka telah menjadi “semakin praktikal,” katanya. Kempen anti-rasuah di bawah Presiden Xi Jinping telah mengurangkan tarikan kereta mewah, tambahnya, dan “sejumlah besar orang” percaya mereka boleh memenuhi keperluan pengangkutan mereka dengan memajak, memilik bersama atau menyewa kenderaan.

“Tidak adanya tanda-tanda momentum,” kata Michael Dunne, CEO dan ahli strategi di Dunne Automotive di Hong Kong. Persaingan semakin meningkat dan “mesin keuntungan China sedang merosot,” kata beliau.

Pengunjung mengambil gambar Kereta konsep internet bateri elektrik tanpa pemandu ‘LeSEE’ semasa Pertunjukkan Automobil China di Beijing pada Rabu lalu. - AFP
Pengunjung mengambil gambar Kereta konsep internet bateri elektrik tanpa pemandu ‘LeSEE’ semasa Pertunjukkan Automobil China di Beijing pada Rabu lalu. – AFP

“Jualan kereta China adalah bernasib baik untuk bertumbuh lima peratus pada tahun ini. Ia bukan kerana tidak ada sesiapa yang memperoleh keuntungan, tetapi keuntungan keseluruhan untuk setiap kereta adalah lebih rendah pada 2016 berbanding pada tahun 2015.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA