Industri perkapalan Korea dipertingkatkan

Industri perkapalan Korea dipertingkatkan

SEOUL, 13 Jun (AFP) – Presiden Korea Selatan Park Geun-Hye hari ini menggesa bagi usaha ‘gigih’ untuk membaik pulih pembina kapal negara yang berdepan masalah kerugian meningkat ekoran permintaan perlahan sejagat dan persaingan mening-kat.

Pembina kapal besar Korea Selatan termasuklah Hyundai Heavy Industries dan Daewoo Shipbuilding dan Marine Engineering telah mendominasi pasaran sejagat bagi tempoh beberapa dekad lalu.

Tetapi kemerosotan harga minyak dan kelembapan ekonomi sejagat melemahkan permintaan bagi kapal tangki dan kapal kontena, sementara kapasiti berlebihan, persaingan serantau dan kemunculan pembina-pembina kapal China yang lebih murah telah menjejaskan margin untung.

Kerajaan Korea Selatan dan bank kreditor, termasuklah Bank Pembangunan Korea yang dikendali kerajaan, menggesa bagi usaha gigih penyusunan semula yang termasuklah pengurangan besar pekerja dalam beberapa bulan kebelakangan.

“Syarikat-syarikat pembinaan kapal, berserta dengan bank kreditor, seharusnya berusaha keras untuk menghidupkan semula perniagaan mereka,” Park berkata dalam ucapan kepada para ahli undangan Seoul.