Industri satu peranan penting

Industri satu peranan penting

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Ogos – Memandangkan industri memainkan peranan yang penting dalam pengurusan lestari di rantau Asia Pasifik, peluang kini terbuka luas bagi penggunaan lestari sumber hutan dan bagi pelaburan dalam pemuliharaan dan pemulihan hutan.

Sehubungan itu, satu sesi perbincangan telah diadakan di antara pemimpin-pemimpin industri bersempena dengan Sidang Kemuncak Hutan Hujan Asia Pasifik ke-2 yang diadakan di Dewan Persidangan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, di sini, kelmarin.

Sesi perbincangan yang dipengerusikan oleh Ketua Global Environment Market and Climate Change, Baker and Mckenzie, Martijn Wilder itu antara lain membincangkan mengenai inisiatif semasa oleh sektor swasta, kes-kes perniagaan yang berbeza untuk pemuliharaan dan pemulihan, bagaimana untuk memantau dan melaporkan perkembangan dan peluang dan cabaran untuk meningkatkan skala inisiatif ini.

Matijn Wilder, Aida Greenbury, Mary Kate Bullen, Dharsono Hartono dan Perpetua George ketika sesi perbincangan berkenaan.
Matijn Wilder, Aida Greenbury, Mary Kate Bullen, Dharsono Hartono dan Perpetua George ketika sesi perbincangan berkenaan.

Turut terlibat dalam sesi perbincangan itu ialah Pengarah Pengurusan Sustainability and Stakeholder Engagement Asia Pulp and Paper, Aida Greenbury; Pengarah Bersekutu New Forests, MaryKate Bullen; Ketua Pegawai Eksekutif PT Rimba Makmur, Dharsono Hartono dan Penolong Pengurus Besar Wilmar, Perpetua George.

ARTIKEL YANG SAMA