Industri ternakan lembu perlu dikembangkan – Johari

Industri ternakan lembu perlu dikembangkan – Johari

KUALA LUMPUR, 12 Sept – Industri ternakan lembu perlu dikembangkan bagi menggalakkan penghasilan ternakan itu yang dilihat mampu membantu menstabilkan ekonomi negara.

Menteri Kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani berkata kementerian berkenaan akan berbincang dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi merangka rancangan jangka panjang untuk meningkatkan penghasilan ternakan lembu, yang mendapat permintaan yang meningkat setiap tahun.

“Sudah tiba masanya kita melihat bagaimana industri lembu ini dapat dipertingkatkan. Kita tidak boleh bergantung kepada lembu yang diimport sahaja kerana ia akan menyebabkan defisit kepada akaun semasa Negara.

“Kita sedang melihat bagaimana kementerian Pertanian boleh membantu, seperti jenis bantuan yang diperlukan. Insya-Allah kita akan ajukan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk kita lihat perkara ini secara spesifik,” katanya di sini hari ini. – Bernama

Datuk Johari Abdul Ghani (duduk,dua,kiri) membantu melapah lembu korban sempena sambutan Aidiladha di perkarangan Surau AL-Madrasatul Itifaqiah dekat Jalan Keramat Hujung, kelmarin. – Bernama
Datuk Johari Abdul Ghani (duduk,dua,kiri) membantu melapah lembu korban sempena sambutan Aidiladha di perkarangan Surau AL-Madrasatul Itifaqiah dekat Jalan Keramat Hujung, kelmarin. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA