Infantino cadang 48 pasukan Piala Dunia

Infantino cadang 48 pasukan Piala Dunia

BOGOTA, 4 Okt – Presiden FIFA Gianni Infantino semalam berkata dia mahu mengembangkan jumlah pasukan dalam perlawanan Piala Dunia kepada 48 dengan menambah aksi play-off pada awal perlawanan.

Di bawah format baru itu, 16 buah negara yang menamatkan kedudukan tertinggi dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2026 secara automatik akan berada dalam peringkat kumpulan bagi perlawanan bola sepak dunia itu, kata Infantino.

“Tiga puluh dua pasukan seterusnya akan beraksi dalam playoff, tiga hari sebelum Piala Dunia untuk menentukan 16 yang lain,” katanya ketika mengunjungi Universiti di Bogota, Colombia di mana dia berada dalam bandar itu untuk menyaksikan perlawanan Piala Dunia Futsal.

“Dengan cara itu kita akan memiliki 16 pasukan lagi bagi peringkat akhir Piala Dunia, di mana mereka akan beraksi bagi menempah tempat dalam peringkat kumpulan, dalam perlawanan yang meletakkan persaingan luar biasa dari segi keghairahan persaingan,” katanya. “Itulah idea di mana kami akan berdebat.”

Infantino mengambil selfie bersama kanak-kanak semasa perlawanan persahabatan bekas pemain Colombia dan bintang antarabangsa di Bogota, kelmarin. – AFP
Infantino mengambil selfie bersama kanak-kanak semasa perlawanan persahabatan bekas pemain Colombia dan bintang antarabangsa di Bogota, kelmarin. – AFP

Pada masa ini, Piala Dunia ada 32 pasukan, yang beraksi dalam peringkat kumpulan dan kemudian pusingan kalah mati untuk menentukan juara dunia.

Infantino dilantik Februari lalu untuk menggantikan Sepp Blatter, yang digantung daripada bola sepak selama enam tahun kerana pelanggaran etika dalam skandal rasuah besar-besaran di dalam FIFA.

Infantino, yang mengembangkan Piala Dunia dalam platform kempennya, sebelumnya mencadangkan bagi mengembangkan peringkat kumpulan kepada 40 pasukan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA