Infantino jangka dapat undi CAF

Infantino jangka dapat undi CAF

CAPE TOWN, Afrika Selatan, 23 Feb (Reuters) – Calon presiden FIFA Gianni Infantino yakin memperolehi lebih daripada separuh undi dari Afrika dalam pilihan raya pada Jumaat, walaupun badan pentadbiran di benua itu mengesahkan saingan utamanya adalah Sheikh Salman Bahrain.

“Saya akan memberi impak (di Afrika). Saya akan memperoleh undian majoriti Afrika,” kata setiausaha Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) itu di Cape Town semalam selepas kunjungan singkat melihat lokasi mendiang Nelson Mandela dipenjarakan ketika dasar Aparteid.

Dakwaan Infantino itu, jika benar bermakna kebanyakan negara Afrika akan mengingkari apa yang dikatakan kepimpinan bola sepak benua itu.

Infantino ketika menghadiri sidang akhbar di Cape Town. Infantino yakin akan memperoleh lebih daripada separuh undi daripada Afrika dalam pilihan raya pada Jumaat ini. – Reuters
Infantino ketika menghadiri sidang akhbar di Cape Town. Infantino yakin akan memperoleh lebih daripada separuh undi daripada Afrika dalam pilihan raya pada Jumaat ini. – Reuters

Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF) sebelum ini jawatankuasa eksekutif secara rasminya bersetuju menyokong lawan Infantino, Sheikh Salman dari Bahrain.

Infantino berkata dia percaya berdasarkan kunjungannya ke Afrika, yang mempunyai bilangan undian terbesar dan bakal menjadi penentu keputusan undian.

ARTIKEL YANG SAMA