Infantino lancar SSFA

Infantino lancar SSFA

JUBA (SUDAN), 24 Mac (AFP) – Presiden baharu FIFA, Gianni Infantino memulakan tugasan dengan melawat Sudan Selatan semalam.

Infantino, melawat Persatuan Bola Sepak Sudan Selatan (SSFA) yang baharu dibentuk di bandar raya ini sekali gus hadir menyaksikan perlawanan pusingan kelayakan Piala Benua antara Sudan Selatan menentang Benin.

Urusetia sambutan mengenakan pakaian kebangsaan Sudan Selatan berubah jubah dan disambut dengan tarian masyarakat setempat.

Infatino juga diraikan dengan hidangan kek yang besar khusus untuk meraikan hari jadi ke-46.

Presiden FIFA Infantino bersama Timbalan Menteri Belia dan Sukan Selatan Sudan semasa merasmikan majlis Persatuan Bola Sepak Selatan Sudan di Juba. – Reuters
Presiden FIFA Infantino bersama Timbalan Menteri Belia dan Sukan Selatan Sudan semasa merasmikan majlis Persatuan Bola Sepak Selatan Sudan di Juba. – Reuters

“Saya sangat bangga diberi sambutan berada di Juba,’’ katanya selepas memotong riben tanda perasmian SSFA.

“Ini adalah permulaan pertama daripada banyak projek yang bakal dilaksanakan di sini,’’ katanya.

Infantino juga berjanji melakukan pembangunan bola sepak di Sudan Selatan selepas berpisah daripada Sudan pada 2011. Sudan Selatan baru pulih daripada perang saudara yang tercetus pada 2013.

Sepanjang krisis itu berlaku, sejumlah 10,000 penduduk dilaporkan terkorban akibat ketegangan etnik membabitkan perselisihan yang berakhir dengan perkosaan, seksaan serta usaha pembersihan etnik sesama kaum yang bertelagah.

ARTIKEL YANG SAMA