Infantino mahu 40 pasukan sertai Piala Dunia

Infantino mahu 40 pasukan sertai Piala Dunia

GENEVA, 6 Sept – Presiden FIFA Gianni Infantino membukakan penyertaan buat 40 pasukan untuk Piala Dunia 2026, dengan beberapa negara dijadikan penganjur bersama.

Komen-komen Infantino hari ini menunjukkan FIFA akan mempertimbangkan penganjuran bersama Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Mexico. Mereka pembida yang dijangkakan bagi Piala Dunia 2026, dengan rantau CONCACAF itu digemari untuk menganjurkan buat pertama kali sejak 1994, apabila 24 pasukan bermain di AS pada ketika itu.

Dalam kempen pilihan raya presidennya, Infantino menyokong meluaskan kejohanan itu dan menganjurkan di seluruh rantau.

“Kedua-dua topik ini sudah jelas akan dibincangkan di meja rundingan,” ujar Infantino, yang tidak sabar akan satu mesyuarat Majlis FIFA pada 13 hingga 14 Oktober di Zurich.

Ditanya mengenai potensi projek AS-Kanada-Mexico bagi 2026, beliau menjelaskan persatuannya sebelum ini memilih untuk mengadakan Kejohanan Eropah 2020 di 13 hos negara berbeza.

Presiden FIFA ketika ditemui pada mesyuarat Persatuan Kelab-kelab Eropah di Geneva, Switzerland. – AP
Presiden FIFA ketika ditemui pada mesyuarat Persatuan Kelab-kelab Eropah di Geneva, Switzerland. – AP

“Itulah dia, saya ingin mengatakan tiada had terhadap apa yang baik untuk dunia bola sepak,” ujar Infantino pada mesyuarat berasingan bagi kelab-kelab Eropah. “Kita akan lihat, namun ia benar CONCACAF telah tidak menganjurkan Piala Dunia buat masa yang lama.”

Undian bagi hos Piala Dunia 2026 akan diadakan pada 2020, dengan ahli-ahli persekutuan FIFA memilih dari senarai pendek yang dikemukakan oleh majlis pemerintah.

“Buat masa ini saya berasa semua masih terbuka,” ujar Infantino. “Pandangan saya pada 40 pasukan itu masih tidak berubah.”

Sementara di UEFA, Infantino juga di luar negara akan meluaskan penyertaan Euro 2016 dengan 24 pasukan buat pertama kali berbanding format 16 pasukan sebelumnya.

“Kita telah melihatnya pada kejohanan Euro di Perancis dengan lapan pasukan tambahan,” katanya. “Kita perlu sedar acara seperti ini lebih daripada hanya satu pertandingan, ia adalah acara sosial sebenar di seluruh dunia.” – AP