Infantino pertahan rancangan Piala Dunia

Infantino pertahan rancangan Piala Dunia

LOS ANGELES, 14 April (AFP) – Presiden FIFA Gianni Infantino mempertahankan rancangan kontroversinya untuk mengembangkan Piala Dunia kepada 40 pasukan semalam, dan menolak kritikan langkah itu akan menjejaskan kualiti perlawanan bola sepak.

Dalam satu temubual bersama Fox Sports 1, ketua badan induk bola sepak dunia itu menunjukkan kepada perkembangan pasukan Euro 2016 sebagai bukti bahawa 32 pasukan Piala Dunia berjaya menempatkan lebih banyak pasukan.

“(UEFA) dikritik ketika itu oleh mereka yang berkata, “Hampir setengah pasukan, kelayakan akan menjadi bosan, tidak seorang pun akan berminat,” Infantino memberitahu penyampai berita, Alexi Lalas.

“Jelas keadaan sebaliknya yang muncul; ia hebat daripada pandangan sukan kerana lebih banyak pasukan berpeluang untuk layak, yang bermakna kebanyakan pasukan memiliki banyak impian untuk layak.

“Adalah hebat dan hebat bagi Piala Dunia dari segi populariti. Kerana anda mempunyai lebih banyak negara terlibat dalam Piala Dunia. Kualiti juga mencukupi. Kita melihatnya di Eropah,” kata Infantino, yang memetik apa yang digelar sebagai keputusan pasukan kerdil pada Piala Dunia 2014.

“Lihat pada Piala Dunia lalu. England dan Itali disingkirkan oleh Costa Rica. Inilah bola sepak,” katanya.

Bagaimanapun, Infantino berkata lapan tempat tambahan yang akan diagih-agihkan di seluruh dunia itu belum lagi disahkan, tetapi dia menyatakan Afrika adalah benua yang mendapat faedah terbesar, dengan dua tempat tambahan, sementara Asia juga akan mendapat tempat tambahan dan slot play-off.

“Memanglah lebih banyak tempat bagi semua orang,” kata Infantino. “Sebagai contoh, dua lagi negara Afrika, satu setengah dalam CONCACAF, setengah di Amerika Selatan, setengah di Oceania, satu setengah di Asia, dan kita tiba kepada pasukan yang ke-39.