Infantino puji ‘kisah dongeng’ Leicester City

Infantino puji ‘kisah dongeng’ Leicester City

BANGKOK, 29 April – Presiden FIFA, Gianni Infantino (bawah) memuji ‘kisah dongeng’ Leicester City mengungguli puncak Liga Perdana Inggeris dengan menyifatkan ia sebagai salah satu contoh keupayaan bola sepak dalam ‘menyajikan cerita yang menarik’.

Infantino yang sedang dalam rangka lawatan ke Thailand berkata, kemampuan pasukan dengan gelaran The Foxes itu untuk berada di tangga teratas liga membuktikan betapa wang bukan perkara utama untuk berada di kedudukan berkenaan.

“Sebab itulah kita semua menyukai bola sepak, ia adalah keajaiban bola sepak itu sendiri. Cerita seperti Leicester membuktikan kita betapa bola sepak itu tidak boleh diramal,” katanya.

“Setiap tahun, di seluruh pelusuk dunia bola sepak sentiasa menyajikan cerita menarik buat kita semua,” katanya lagi.

Leicester yang dimiliki oleh hartawan Thailand, Vichai Srivad-dhanaprabha hanya memerlukan satu lagi kemenangan bagi mengesahkan kejuaraan. – AFP

p20-4_20160430

ARTIKEL YANG SAMA