Infantino rasmi muzium baru

Infantino rasmi muzium baru

NYON, Switzerland, 29 Feb (AFP) – Gianni Infantino merasmikan muzium baharu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dalam tugasan pertamanya sebagai presiden badan induk bola sepak dunia itu, semalam.

Tokoh Switzerland berusia 45 tahun itu, yang sebelum ini menyandang jawatan setiausaha agung UEFA, dipilih Jumaat lalu, berbanding calon dari Bahrain Sheikh Salman bin Ebrahim Al Khalida, untuk muncul selaku presiden kesembilan FIFA dalam sejarah 112 tahunnya.

Dia ‘mewarisi’ sebuah organisasi yang mengharungi krisis dalaman yang teruk selepas ramai pemimpin tertingginya didakwa manakala bekas presiden Sepp Blatter digantung enam tahun oleh Jawatankuasa Etika FIFA.

FIFA berkata, mereka melabur sekitar 110 juta Swiss francs (RM466 juta) untuk mengubah suai bangunan berkenaan dengan 30 juta Swiss francs (RM127 juta) dibelanjakan ke atas muzium itu sendiri, yang mempunyai lebih 1,000 bahan pameran.

“Ini adalah tempat di mana bola sepak terus hidup dan bernafas,” kata Infantino.

“Ia akan menjadi muzium yang hebat dengan perhatian menjurus kepada pembangunan bola sepak seluruh dunia.”

ARTIKEL YANG SAMA