Infantino rayu negara UEFA bantu FIFA

Infantino rayu negara UEFA bantu FIFA

BUDAPEST, Hungary, 3 Mei (AFP) – Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino, hari ini merayu kepada negara Eropah yang kaya supaya mendermakan wang bagi membantu negara miskin dalam badan induk itu.

Setiap satu daripada enam konfederasi dalam FIFA memperoleh AS$5 juta setahun daripada FIFA.

Begitupun, keuntungan UEFA daripada Liga Juara-Juara dan Kejuaraan Eropah (Euro) menjadikannya badan induk Eropah itu lebih kaya daripada FIFA yang hanya memperoleh AS$5 bilion setiap empat tahun penganjuran Piala Dunia.

“Jika kamu tidak mahu semua duit ini daripada FIFA, berikan kepada persatuan lain kepada negara-negara yang miskin,” kata Infantino kepada kongres UEFA di sini.

Infantino dilantik ketua badan induk dunia itu dengan menggantikan Sepp Blatter pada 26 Februari lalu berkata apa yang ada ialah: “FIFA yang bersatu padu, FIFA yang inklusif, FIFA yang mempunyai kepelbagaian.”

Dia turut berjanji untuk melakukan pembahagian yang lebih daripada pendapatan FIFA kepada pembangunan bola sepak di seluruh dunia.

ARTIKEL YANG SAMA