Infantino sokong 48 pasukan Piala Dunia

Infantino sokong 48 pasukan Piala Dunia

ZURICH, 6 Okt – Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) Gianni Infantino mengesahkan menyokong cadangan untuk menambah bilangan pasukan bertanding pada Piala Dunia kepada 48.

Dalam temubual eksklusif bersama AFP, beliau memberi alasan, ia bagi memberi lebih banyak peluang kepada lebih banyak pasukan.

Infantino percaya ‘asas utama’ kepada pengembangan saingan pusingan akhir itu adalah bagi membolehkan ia dianjurkan bersama oleh beberapa negara. Beliau juga mengisytiharkan dirinya ‘gembira dan yakin dengan masa depan’ di sebalik skandal yang terpalit pada badan induk bola sepak dunia itu.

“Saya tidak mencuri, saya tidak mendapat keuntungan, saya tak menipu dan tidak akan membenarkan sesiapapun dalam organisasi ini melakukannya,” katanya. – AFP