Infantino tingkat kempen p’raya FIFA

Infantino tingkat kempen p’raya FIFA

NYON, Switzerland, 20 Jan – FIFA seharusnya menumpukan Piala Dunia di seluruh benua berbanding hanya satu atau dua buah negara sahaja, kata Setiausaha Agung UEFA, Gianni Infantino semalam ketika dia meningkatkan kempen pilihan raya FIFA yang akan diadakan pada bulan depan.

Infantino menjanjikan Piala Dunia yang lebih besar, reformasi terhadap FIFA yang terjejas dengan skandal untuk mencipta agar badan induk dunia itu ‘boleh dipercayai” dan lebih banyak wang bagi negara-negara ahli dalam manifestonya bagi undian untuk pemimpin baru pada 26 Februari.

Pegawai dari Switzerland itu, yang menjadi orang paling kanan kepada ketua UEFA, Michel Platini yang digantung tujuh tahun, berkata Piala Dunia seharusnya dikembangkan kepada 40 buah negara daripada 32 bagi perlawanan 2018 di Rusia.

Platini dan Infantino juga menekankan rancangan untuk melebarkan Kejuaraan Eropah di 13 buah negara bermula 2020. Infantino berkata Piala Dunia boleh mengikuti idea itu.

Gianni Infantino sedang meningkatkan kempennya untuk bertanding dalam pilihan raya FIFA bulan de-pan. - Reuters
Gianni Infantino sedang meningkatkan kempennya untuk bertanding dalam pilihan raya FIFA bulan de-pan. – Reuters

“FIFA seharusnya menyiasat kemungkinan penganjuran Piala Dunia bukan hanya di sebuah atau dua buah negara tetapi keseluruhan rantau, yang membolehkan beberapa negara untuk menikmati penghormatan dan manfaat daripada penganjuran Piala Dunia,” kata Infantino.

Di bawah perancangannya, terdapat “giliran yang saksama” bagi mengadakan Piala Dunia, dengan sesebuah benua yang memegang penganjuran perlu menunggu sekurang-kurangnya dua perlawanan sebelum mendapatkannya sekali lagi.

Piala Dunia diadakan di dua buah negara – Korea Selatan dan Jepun – pada 2002 dan FIFA berkata ketika itu ia enggan untuk mengulangi amalan tersebut.

Keputusan menentukan hos Piala Dunia 2026 telah dilupakan buat seketika kerana skandal yang menjejaskan FIFA di bawah presiden Sepp Blatter. Blatter dan Platini digantungkan selama lapan tahun kerana disyaki menerima rasuah.

Dalam pilihan raya, Infantino bersedia menentang presiden Persekutuan Bola Sepak Asia, Sheikh Salman bin Ebrahim al Khalifa dari Bahrain, Putera Ali bin Al Hussein, bekas naib presiden FIFA dari Jordan, taikun perniagaan Afrika Selatan, Tokyo Sexwale dan bekas pegawai FIFA, Jerome Champagne dari Perancis. – AFP