Infantino yakin boleh ganti Blatter

Infantino yakin boleh ganti Blatter

MIAMI, 19 Jan – Calon Presiden FIFA, Gianni Infantino percaya beliau boleh meraih undi terbanyak daripada blok Caribbean pada pemilihan jawatan tertinggi badan bola sepak itu yang bakal berlangsung bulan depan sekali gus boleh menggantikan Sepp Blatter.

Pemilihan FIFA terpaksa dilakukan berikutan skandal rasuah di organisasi itu sehingga menyaksikan penahanan 41 individu dan didakwa di Amerika Syarikat selain menyebabkan presidennya sendiri, Blatter digantung daripada sebarang aktiviti bola sepak selama lapan tahun.

Infantino kelmarin hadir pada satu mesyuarat Kesatuan Bola Sepak Caribbean Football Union (CFU), yang menjanjikan 25 undi kepadanya dan turut mendapat jaminan sokongan daripada Presiden persatuan Bola Sepak Barbados, Randy Harris.

Bagaimanapun, Presiden CFU, Gordon Derrick, tidak dapat dihubungi untuk mengulas mengenai mesyuarat berkenaan.

Infantino percaya boleh menggantikan Blatter dengan meraih banyak undi dari blok Caribbean. - Reuters
Infantino percaya boleh menggantikan Blatter dengan meraih banyak undi dari blok Caribbean. – Reuters

Infantino adalah satu daripada lima calon yang ingin menerajui FIFA bersama pencabar lain terdiri Presiden Persekutuan Bola Sepak Asia, Sheikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa, bekas Setiausaha Agung FIFA, Jerome Champagne, tokoh perniagaan terkemuka Afrika Selatan, Tokyo Sexwale dan Putera Ali Bin Al Hussein dari Jordan.

Pada pemilihan Mei lalu, Blattter menewaskan Putera Ali dengan 133-73 undi. Dalam pada itu, Infantino, warga Switzerland merangkap Setiausaha Agung UEFA, turut menafikan mengadakan pakatan sulit dengan Sheikh Salman untuk meraih undi daripada AFC dan UEFA. – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA