Inflasi China susut 1.2 % pada Mei

Inflasi China susut 1.2 % pada Mei

BEIJING, 9 Jun (Bernama) – Inflasi China susut kepada 1.2 peratus tahun ke tahun pada Mei, susut daripada 1.5 peratus pada April, kata Biro Perangkaan Kebangsaan (NBS) pada Selasa.

Penurunan itu sebahagian besarnya disumbangkan oleh penurunan harga makanan, dengan sayur-sayuran, buah-buahan dan telur masing-masing turun 9.2 peratus, 2.7 peratus dan 1.2 peratus, kata pakar ekonomi kanan NBS Yu Qiumei dalam satu kenyataan.

Mengikut perbandingan bulanan, indeks harga pengguna yang mengukur inflasi, susut 0.2 peratus pada Mei, sama seperti April.

Dalam tempoh lima bulan pertama, inflasi pada puratanya meningkat 1.3 peratus tahun ke tahun. Pertumbuhan jauh lebih rendah berbanding sasaran kerajaan sekitar tiga peratus tahun ini.

Bagi indeks harga pengeluar yang mengukur inflasi di peringkat pemborongan, angkanya turun 4.6 peratus berbanding Mei tahun sebelumnya, kekal sejak Mac.

Gambar dirakam pada 8 Jun 2015 menunjukkan pelanggan membeli barangan keperluan harian di sebuah pasar raya di Yichang, wilayah tengah Hubei di China. – AFP
Gambar dirakam pada 8 Jun 2015 menunjukkan pelanggan membeli barangan keperluan harian di sebuah pasar raya di Yichang, wilayah tengah Hubei di China. – AFP