Inflasi Disember naik kepada 2.7 peratus

Inflasi Disember naik kepada 2.7 peratus

KUALA LUMPUR, 20 Jan – Indeks Harga Pengguna (CPI) Malaysia pada disember naik kepada 2.7 peratus daripada setahun lalu disebabkan kenaikan harga bagi alkohol dan tembakau, demikian menurut data rasmi kerajaan hari ini.

Kadar inflasi selari ramalan penengah 2.7 peratus dalam pungutan Reuters, dan naik daripada 2.6 peratus pada November.

Harga bahan api jatuh pada Disember tetapi kenaikan cukai 40 peratus ke atas produk tembakau dikenakan kerajaan pada bulan sebelumnya terus memacu inflasi, kata ahli ekonomi.

Kadar inflasi Malaysia menokok selepas kerajaan memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) enam peratus pada April tetapi di bawah tiga peratus sejak September.

CPI mengukur perubahan purata untuk tempoh tertentu dalam harga dibayar pengguna bagi pasaran kumpulan barangan dan perkhidmatan tertentu. – Reuters