Inflasi Filipina meningkat pada Jun

Inflasi Filipina meningkat pada Jun

MANILA, 5 Julai – Inflasi Filipina meningkat kepada 1.9 peratus pada Jun, disebabkan kesan El Nino dan peningkatan dalam harga minyak, menurut Pihak Berkuasa Pembangunan dan Ekonomi Nasional (NEDA) hari ini.

Inflasi Jun berada dalam ramalan bank tengah tempatan sebanyak 1.5-2.4 peratus dan jangkaan pasaran median sebanyak 1.9 peratus, dan lebih tinggi daripada 1.6 peratus pada bulan sebelumnya.

Inflasi bagi setengah tahun pertama tahun ini pada puratanya 1.3 peratus.

“Peningkatan dalam inflasi boleh menyumbang kepada kesan sisa daripada El Nino dan pemulihan sedikit harga minyak,” kata Setiausaha Perancangan Sosioekonomi, Ernesto M. Pernia.

“Namun trend inflasi pada enam bulan pertama pada 2016 masih dapat dikendalikan. Ia dijangka akan berterusan sehingga hujung tahun ini di sebalik pelebaran kapasiti produktiviti ekonomi domestik dan harga minyak rendah,” kata pegawai kabinet. – Xinhua