Inflasi Filipina rendah 0.8 % pada Julai

Inflasi Filipina rendah 0.8 % pada Julai

MANILA, 5 Ogos (AFP) – Inflasi Filipina perlahan kepada tahap rendah 0.8 peratus pada Julai disebabkan kos elektrik, petrol dan pengangkutan yang lebih rendah, kata kerajaan hari ini.

Kadar inflasi adalah seperti yang diramalkan oleh bank pusat sebanyak 0.5 peratus hingga 1.3 peratus, tetapi kemerosotan mendadak daripada kadar Jun sebanyak 1.2 peratus, menurut Pihak Berkuasa Statistik Filipina (PSA).

Harga petrol, elektrik dan air merosot sebanyak 1.1 peratus pada bulan lalu sementara harga pengangkutan merosot 0.5 peratus. Inflasi untuk makanan dan minuman bukan alkohol meleset kepada 1.3 peratus, kata PSA.

Angka tersebut disiarkan sebelum mesyuarat bank pusat mengenai kadar faedah pada minggu depan, dengan pihak berkuasa menerima tekanan untuk membantu merangsang pertumbuhan ekonomi yang lembap.

“Kami akan melihat pada mesyuarat kami pada minggu depan sama ada timbulnya keperluan untuk mana-mana penyelarasan kepada dasar kami,” kata gabenor bank pusat Amando Tetangco dalam satu kenyataan ekoran pengeluaran data inflasi.

Kanak-kanak jalanan duduk bersebelahan dengan pam minyak di sebuah stesen minyak petrol di sub-bandar Manila pada 5 Ogos 2015. – AFP
Kanak-kanak jalanan duduk bersebelahan dengan pam minyak di sebuah stesen minyak petrol di sub-bandar Manila pada 5 Ogos 2015. – AFP

Tetangco berkata inflasi purata untuk tahun penuh kemungkinan besar merosot “lebih rendah” daripada sasaran bank sebanyak 2.0 peratus hingga 4.0 peratus. “Kami akan mengawasi perkembangan, terutamanya daripada sumber luar, yang mungkin menambah keadaan tidak stabil dalam pasaran kewangan atau kesan ke atas jangkaan inflasi,” kata beliau.

Pihak berkuasa mata wang telah mengekal kadar meminjam dan pinjaman semalaman pada 4.0 peratus dan 6.0 peratus masing-masing sejak tahun lalu.

Pertumbuhan ekonomi meleset kepada tahap rendah tiga tahun 5.2 peratus dalam suku pertama tahun ini disebabkan perbelanjaan kerajaan yang lembap dan eksport yang lemah.Ia adalah perkembangan paling teruk dalam apa yang telah menjadi ekonomi yang berkembang paling pesat di Asia sejak suku terakhir 2011, apabila ia bertumbuh sebanyak 3.8 peratus.

ARTIKEL YANG SAMA