Inflasi Indonesia meningkat, harga makanan naik

Inflasi Indonesia meningkat, harga makanan naik

JAKARTA, 1 Jun – Inflasi Indonesia meningkat dalam bulan Mei kepada tahap tertingginya dalam tempoh lima bulan disebabkan harga makanan meningkat, data menunjukkan hari ini, ketika orang ramai menyimpan stok sebelum tibanya bulan Ramadan.

Indeks harga pengguna naik 7.15 peratus dari tahun sebelumnya, menurut agensi statistik rasmi, lebih cepat daripada yang dijangkakan dan naik daripada pertambahan 6.79 peratus dalam bulan April.

Itu adalah tahap tertinggi sejak 8.36 peratus dalam bulan Disember.

Inflasi dalam ekonomi terbesar Asia Tenggara telah naik dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini, terutamanya disebabkan kos minyak lebih tinggi, selepas kerajaan memulakan tahun dengan hampir sepenuhnya memansuhkan subsidi besar dan membiarkan harga minyak mengapung bersama pasaran.

Bagaimanapun dalam bulan Mei, pemacu utama ialah kos lebih tinggi makanan asas seperti ayam dan lada, ketika orang ramai menyimpan sebelum bulan puasa Ramadan, yang akan bermula pada pertengahan Jun.

Harga makanan lazimnya naik sebelum Ramadan ketika orang ramai di negara paling ramai penduduk

Islam di dunia itu yang majoriti penduduknya beragama Islam, membeli lebih banyak makanan untuk diberikan kepada mereka yang kurang bernasib baik ketika bulan paling suci Islam dan bagi makanan untuk berbuka puasa.

Harga elektrik yang lebih tinggi mengakibatkan inflasi meningkat, menurut ketua agensi statistik Suryamin.

Inflasi yang meningkat merupakan satu dilema Bank Indonesia, bank pusat.

Sebilangan ahli ekonomi menggesa penggubal dasar mengurangkan kadar utama dari 7.50 peratus untuk memangkin pertumbuhan perlahan, tetapi inflasi yang meningkat membataskan ruang untuk melakukan sesuatu.

ARTIKEL YANG SAMA