Inflasi Jepun Julai merosot

Inflasi Jepun Julai merosot

TOKYO, 26 Ogos – Inflasi Jepun mengecewakan pada Julai, menurut data yang dikeluarkan hari ini, dengan harga pengguna merosot untuk bulan kelima berturut-turut dalam tamparan terbaru kepada kempen Tokyo untuk memerangi deflasi.

Kemerosotan sebanyak 0.5 peratus pada Julai adalah lebih teruk daripada kemerosotan purata 0.4 peratus yang dijangkakan oleh ahli ekonomi.

Data pada hari ini keluar sebelum angka perbelanjaan keluarga yang dijangka diumumkan pada minggu depan, yang juga dijangka mengecewakan, dan selepas eksport Jepun pada Julai mencatat kemerosotan bulanan paling besar dalam tujuh tahun.

Pegawai Jepun menerima tekanan untuk memberikan prestasi, tatkala semakin ramai ahli ekonomi menghapus kira usaha Perdana Menteri Shinzo Abe untuk merangsang ekonomi nombor tiga dunia, digelar ‘Abenomics’.

Pada minggu lalu, angka rasmi menunjukkan ekonomi mencatat pertumbuhan sifar, merosot di bawah jangkaan ahli ekonomi iaitu pertumbuhan sebanyak 0.2 peratus, apabila eksport lemah dan kemerosotan dalam perbelanjaan perniagaan menjejas aktiviti.

Seorang lelaki melihat sebuah papan sebut harga elektrik bursa saham yang memaparkan indeks utama Nikkei Tokyo di Tokyo semalam. Inflasi Jepun mengecewakan pada Julai, menurut data yang dikeluarkan hari ini, dengan harga pengguna merosot untuk bulan kelima berturut-turut dalam tamparan terbaru kepada kempen Tokyo untuk memerangi deflasi. – AFP
Seorang lelaki melihat sebuah papan sebut harga elektrik bursa saham yang memaparkan indeks utama Nikkei Tokyo di Tokyo semalam. Inflasi Jepun mengecewakan pada Julai, menurut data yang dikeluarkan hari ini, dengan harga pengguna merosot untuk bulan kelima berturut-turut dalam tamparan terbaru kepada kempen Tokyo untuk memerangi deflasi. – AFP

Angka inflasi yang lemah akan memberikan lebih banyak tekanan kepada bank pusat Jepun untuk melancarkan satu lagi langkah perangsang.

Bank Jepun mengecewakan pasaran pada mesyuaratnya pada akhir Julai apabila ia memilih untuk meninggalkan program pembelian bon berjumlah 80 trilion yen – asas Abenomics – tanpa perubahan.

BoJ mengadakan mesyuarat akan datangnya pada lewat September.

Tokyo baru-baru ini mengumumkan pakej berjumlah 28 trilion yen bertujuan melancarkan pertumbuhan, selepas pengundian Britain pada Jun untuk keluar draipada Kesatuan Eropah menyebabkan pasaran kewangan turun naik dan mencetuskan satu pemulihan yen.

Pengeksport utama Jepun telah melihat prestasi mereka terjejas oleh pertambahan mendadak dalam mata wang, yang menjadikan mereka kurang kompetitif di luar negara dan mengurang nilai keuntungan mereka. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA