Inflasi Jepun meningkat

Inflasi Jepun meningkat

TOKYO, 25 Dis (AFP) – Kadar inflasi Jepun meningkat pada November, mencatat pemerolehan pertama dalam lima bulan, data rasmi menunjukkan hari ini, tetapi perbelanjaan keluarga yang masih lemah membebani ekonomi nombor tiga di dunia.

Angka yang suram, pemerolehan sebanyak 0.1 peratus dalam inflasi utama tidak termasuk harga makanan segar – menawarkan harapan tipis dalam usaha Tokyo untuk mengatasi deflasi, selepas ekonomi mengelak satu kemelesetan pada suku lalu.

Namun angka inflasi terbaru masih jauh di bawah sasaran Bank Jepun sebanyak 2.0 peratus, tatkala para pegawai bergelut untuk meyakinkan firma supaya membawa kenaikan gaji besar demi merangsang perbelanjaan.

Satu kemerosotan harga di Jepun bertahun-tahun lamanya tidak menggalakkan pengguna berbelanja dalam harapan mendapatkan barangan yang lebih murah, sekali gus menjejaskan perkembangan firma dan pelan pengambilan pekerja.

Ia telah menjejaskan pertumbuhan dalam ekonomi yang lebih luas.

Para pembeli-belah memilih ikan salmon di sebuah pasar di Tokyo pada 25 Disember. Harga pengguna Jepun meningkat 0.1 peratus pada November. – AFP
Para pembeli-belah memilih ikan salmon di sebuah pasar di Tokyo pada 25 Disember. Harga pengguna Jepun meningkat 0.1 peratus pada November. – AFP

Pada November, perbelanjaan keluarga merosot 2.9 peratus berbanding setahun lalu, kemerosotan bulan ketiga.

Angka yang lemah hari ini keluar meskipun timbulnya tanda-tanda pasaran pekerja yang ketat, dengan kadar pengangguran mencecah tahap rendah dua dekad sebanyak 3.3 peratus, meningkat sedikit daripada 3.1 peratus pada Oktober.

Ekonomi Jepun melihat pertambahan dalam suku Julai-September, naik 0.3 peratus – dan mengubah ramalan pengecutan sebelumnya yang telah menimbulkan risiko negara akan mengalami kemelesetan untuk kali kedua dalam beberapa tahun ini.

Kelembapan dalam ekonomi global, ditandakan oleh kemelesetan di China dan kelemahan dalam pasaran membangun, sedang menimbulkan cabaran kepada pemulihan.

Tokyo telah meluluskan belanjawan perbelanjaan tambahan untuk merangsang ekonomi yang masih lemah.

Data inflasi terbaru itu menyusuli kemerosotan tiga bulan berturut-turut dan bacaan yang tidak berubah pada Julai, menurut kementerian hal ehwal dalam negeri.

Pertambahan adalah disebabkan kemerosotan dalam harga minyak, serta harga meningkat dalam barangan dan perkhidmatan, kata kementerian.

ARTIKEL YANG SAMA