Inflasi pengguna China melonjak pada Februari

Inflasi pengguna China melonjak pada Februari

BEIJING, 10 Mac (AFP) – Inflasi pengguna China meningkat kepada 2.3 peratus pada Februari, yang tertinggi dalam hampir dua tahun, data rasmi menunjukkan hari ini, dalam petanda positif untuk permintaan dalam ekonomi kedua terbesar dunia.

Harga makanan naik ketika cuti Tahun Baru Cina, dengan harga daging meningkat 25.4 peratus tahun-ke-tahun, dan sayur naik sebanyak 30.6 peratus.

Kenaikan dalam indeks harga pengguna (CPI) yang dikeluarkan oleh Biro Statistik Negara adalah yang terbesar sejak Julai 2014, dan keluar sebelum ramalan pasaran sebanyak 1.8 peratus dalam satu tinjauan oleh Bloomberg News.

Indeks harga pengeluar (PPI), yang mengukur harga barangan pada harga kilang, merosot 4.9 peratus tahun-ke-tahun, memenuhi jangkaan dan satu peningkatan berbanding kemerosotan 5.3 peratus pada Januari.

Namun ia adalah kemerosotan bulanan ke-48 berturut-turut tatkala kapasiti berlebihan dalam pengeluaran menghambat pertumbuhan China, dengan pengecutan PPI – kini berlarutan kepada empat tahun – membawa petanda buruk kepada prospek industri.

Para pelanggan memilih sayur-sayuran di sebuah pasar raya di Shanghai, China pada 10 Mac. – AFP
Para pelanggan memilih sayur-sayuran di sebuah pasar raya di Shanghai, China pada 10 Mac. – AFP

Inflasi sederhana boleh menjadi keadaan melambung kepada penggunaan tatkala yang mendesak pembeli bertindak sebelum harga naik, sementara kemerosotan harga menggalak pembeli-belah menangguhkan pembelian dan syarikat menangguhkan pelaburan, kedua-duanya boleh menjejaskan pertumbuhan.

Penganalisis menjangka satu kenaikan dalam CPI disebabkan pertambahan dalam permintaan untuk cuti selama seminggu itu, dikenali sebagai Perayaan Musim Bunga di China, serta cuaca musim sejuk yang luar biasa pada Februari menyebabkan harga makanan naik.

Pertambahan “kebanyakannya terjejas oleh jerempak dingin dan Perayaan Musim Bunga,” kata penganalisis Biro Statistik Negara Yu Qiumei dalam satu kenyataan.

ARTIKEL YANG SAMA