Infrastruktur pelancongan akan dipertingkatkan

Infrastruktur pelancongan akan dipertingkatkan

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Dis – Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan merancang untuk mempertingkatkan lagi infrastruktur pelanco-ngan di negara ini bagi merancakkan lagi ekonomi negara dalam industri itu.

Ini termasuklah memberikan keselesaan kepada pelancong dan penumpang dari kapal persiaran yang singgah di ne-gara ini untuk melawat tempat-tempat menarik dan mempelajari budaya Brunei.

Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Paduka Haji Ali bin Haji Apong menekan-kan rancangan peningkatan infrastruktur pelancongan itu ketika ditemu bual wartawan semasa mengadakan lawatan ke kapal persiaran Sapphire Princess yang singgah di Pelabuhan Muara hari ini.

Menurut Yang Berhormat Dato, kementerian akan menggalakkan lebih banyak kapal pesiaran singgah di sini memandangkan ia kini menjadi trend pelancongan dalam kalangan pelancong tempatan dan asing.

Kapal persiaran Sapphire Princess merupakan kapal persiaran mewah di-kendalikan Carnival Corporation & Plc di bawah Princess Cruises yang belayar dari destinasi-destinasi di Asia Tenggara iaitu Malaysia, Indonesia, Vietnam, Kemboja dan Thailand.

Yang Berhormat Dato Paduka Haji Ali semasa ditemui media.
Yang Berhormat Dato Paduka Haji Ali semasa ditemui media.
Farriek Tawfik semasa menyampaikan taklimat.
Farriek Tawfik semasa menyampaikan taklimat.

Ini merupakan perjalanan terbesar melalui pelayaran premium di rantau ini yang meliputi tujuh buah negara dan 12 pelabuhan.

Menurut Pengarah Asia Tenggara, Princess Cruises, Farriek Tawfik, Sapphire Princess mampu menampung hampir 3,000 penumpang dan menyediakan hampir 1,400 kabin terdiri daripada kabin suite, keluarga dan mini-suite.

Di samping itu juga, kapal ini mempunyai kemudahan-kemudahan yang menarik seperti lima buah kolam renang, lapan spa, kafe antarabangsa, Alfredo’s Pizzeria, 24 jam perkhidmatan bilik, Trident Grill, Prego, Horizon Court, Sabatini’s Trattoria, lima buah bilik makan dan bar aiskrim.

ATAS DAN BAWAH: Suasana di Sapphire Princess yang menampilkan kemudahan dan perkhidmatan menarik.
ATAS DAN BAWAH: Suasana di Sapphire Princess yang menampilkan kemudahan dan perkhidmatan menarik.

pg03_151204_e

pg03_151204_c

Para penumpang juga boleh menikmati dan meluangkan masa mereka di ruang-ruang lounge seperti di Teater Princess, Club Fushion, Explorers Lounge, Wheelhouse Bar dan Skywalkers.

Sapphire Princess juga menyediakan perkhidmatan-perkhidmatanseperti pusat kesihatan dan spa, perpustakaan, padang golf, galeri lukisan, kafe Internet, dek sukan dan banyak lagi.

Menurut Farriek lagi, pelayaran sudah menjadi pilihan ramai pelancong dari Sabah, Sarawak dan Brunei kerana keinginan yang semakin meningkat untuk meneroka rantau Asia Tenggara dengan cara yang unik.

Syarikat pelayaran itu juga akan meneruskan program pemasaran aktif dengan kerjasama erat ejen-ejen pelancongan bagi mempromosikan pelayaran sebagai percutian pilihan orang ramai, tambahnya.

ARTIKEL YANG SAMA