Iniesta mahu beraksi pada perlawanan terakhir Xavi

Iniesta mahu beraksi pada perlawanan terakhir Xavi

BARCELONA, 4 Jun (AFP) – Pemain midfield Barcelona, Andres Iniesta bimbang dia mungkin tidak akan beraksi dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara pada Sabtu ini apabila mengalami kecederaan kaki sewaktu perlawanan akhir Copa del Rey hujung minggu lalu dengan kemenangan ke atas Athletico Bilbao.

Iniesta digantikan oleh Xavi Hernandez di awal separuh masa kedua ketika Barca melengkapkan kemenangan liga dan dua Piala dengan kemenangan 3-1 ke atas Basques.

“Saya mengalami sedikit kesakitan dan tidak lebih,” kata Iniesta pada Selasa lalu.

“Tidak terlintas di kepala saya di mana saya tidak akan berada di sana pada Sabtu ini. Semua akan dalam keadaan baik dan saya mahu untuk berada di sana dan membantu pasukan memenangi Liga Juara–Juara bagi menamatkan musim istimewa ini.”

Kedua-dua buah pasukan berpeluang untuk menjadi pasukan ketujuh untuk memenangi tiga kejayaan, Liga, Piala dan Liga Juara-Juara di Berlin dengan Juventus mencatatkan gelaran liga keempat berturut–turut dengan Coppa Itali minggu lalu.

Iniesta memeluk Xavi menjelang perlawanan terakhirnya bersama kelab Barcelona. – Reuters
Iniesta memeluk Xavi menjelang perlawanan terakhirnya bersama kelab Barcelona. – Reuters

Bagaimana pun ia adalah Barca yang menjadi pilihan menerusi 28 kemenangan dalam 34 perlawanan sejak Januari lebih-lebih lagi rentak permainan Lionel Messi yang tidak dapat dihentikan, Neymar dan Luis Suarez, yang bergabung bagi rekod 120 gol musim ini.

“Tiga pemain penyerang di depan mengambil peranan besar. Mereka berkemahiran dalam persaingan satu lawan satu, mereka mencipta banyak peluang bagi diri mereka,” kata Xavi

Xavi mungkin menamatkan kempen di Barcelona dengan memenangi Liga Juara–Juara keempatnya dan trofi ke-25 dalam kerjaya sepanjang 17 tahun bersama gergasi Catalan itu.

ARTIKEL YANG SAMA