Inisiatif Adidas dapat pujian Obama

Inisiatif Adidas dapat pujian Obama

WASHINGTON, 6 Nov (Reuters) – Presiden Barack Obama mengkritik pasukan-pasukan sukan yang terus menggunakan maskot Natif Amerika semalam dan mencadangkan syarikat pakaian sukan dari Jerman yang popular, Adidas bagi tawarannya untuk membantu pasukan-pasukan mengetepikan keadaan itu.

Adidas awal semalam mengumumkan bahawa ia akan bergabung dengan mana-mana sekolah tinggi di seluruh Amerika Syarikat yang mahukan perubahan terhadap maskot atau logo yang bertemakan Natif Amerika. Syarikat itu berkata ia akan menawarkan kepakaran rekaan dan bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah yang berminat dalam penjenamaan semula.

Pada Persidangan Kebangsaan Suku Rumah Putih di Washington, Obama memuji inisiatif itu sebagai langkah terhadap memecahkan stereotaip.

“Jika anda berjalan memasuki sekolah pada hari pertama dan anda sudah merasakan bahawa stereotaip menanam dalam budaya dan menyokong dan kesemuanya, dan seterusnya dirasakan lain dan berbeza,’ dia memberitahu orang ramai lebih dari 500 belia, ketua –ketua pertubuhan suku kaum Natif Amerika, pegawai dan ahli pentadbiran kanan Kongres.

Dia menggelar inisiatif Adidas “perkara bijak yang dilakukan” dan berkata 2,000 lebih buah sekolah masih meletakkan maskot Natif Amerika tidak lagi menjadi alasan untuk tidak menukarnya.

“Salah satu jenama terbaik dunia bersedia untuk hadir dan menggunakan semua kepakaran mereka dan hadir dengan sesuatu yang…boleh menyatukan orang ramai dan memberikan permulaan yang segar,” katanya. “Saya mahu memberikan mereka pujian.”

Ulasan itu disusuli dengan acara sepanjang hari diadakan oleh Rumah Putih yang menyatukan kesemua Natif Amerika dengan ahli pentadbiran untuk membincangkan mengenai isu-isu yang dihadapi Natif Amerika. Eksekutif Adidas menghadiri persidangan itu.