Inisiatif mudah proses berniaga

Inisiatif mudah proses berniaga

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Sept – Kementerian Kewangan telah mengadakan Jerayawara Memudah Cara Perdaga-ngan (Ease of Doing Business) di Daerah Temburong yang berlangsung di Dewan Kemasyarakatan, Pekan Bangar, kelmarin.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini, objektif jerayawara adalah untuk memberigakan dan memberikan maklumat kepada orang ramai mengenai dengan inisiatif-inisiatif yang telah dibuat oleh Kementerian Kewangan dalam memudah cara perdagangan.

Ini antaranya berkaitan memudah cara perdagangan merentas sempadan, peruntukan undang-undang untuk memberikan perlindungan pemegang-pemegang saham minoriti, perubahan-perubahan berkaitan pembayaran cukai, proses penyelesaian bagi syarikat-syarikat yang melalui ketaksolvenan dan peraturan bagi memudahkan proses untuk memulakan perniagaan.

Antara mereka yang terlibat dalam jerayawara berkenaan.
Antara mereka yang terlibat dalam jerayawara berkenaan.
Pelbagai agensi terlibat dalam Jerayawara Ease of Doing Business yang diadakan di Daerah Temburong.
Pelbagai agensi terlibat dalam Jerayawara Ease of Doing Business yang diadakan di Daerah Temburong.

Sehubungan itu, jerayawara ini telah disertai oleh Jabatan Perbendaharaan, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Tabung Amanah Pekerja, Bahagian Hasil dan Bahagian Pendaftaran Syarikat-syarikat dan Nama-nama Perniagaan, termasuk beberapa agensi yang berkepentingan seperti Unit Ease of Doing Business di Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Jabatan Pelabuhan-Pelabuhan, Jabatan Perkhidmatan Pos dan Darussalam Enterprise (DARE).

Menerusi jerayawara ini, pengunjung berpeluang mendapatkan maklumat lanjut dan penerangan lebih terperinci mengenai perkhidmatan dan usaha-usaha pembaikan bagi memudah cara perdagangan yang telah dibuat oleh Kementerian Kewangan dan agensi-agensi yang turut serta dalam jerayawara.

ARTIKEL YANG SAMA