Inisiatif ‘notifikasi kursus IPA melalui SMS’

Inisiatif ‘notifikasi kursus IPA melalui SMS’

INSTITUT Perkhidmatan Awam (IPA) di dalam usaha dan mengambil langkah inisiatif bagi memberigakan kursus-kursus melalui notifikasi ‘sms’ telah mengadakan satu majlis bagi tujuan berkenaan agar dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan IPA kepada Warga Perkhidmatan Awam.

Diantara kepentingan pemberigaan kursus-kursus IPA melalui notifikasi ‘sms’ adalah untuk meningkatkan kecepatan, ketelusan dan meluaskan capaian maklumat kursus IPA kepada pelanggan-pelanggan yang dikenalpasti khususnya kakitangan Kementerian dan Jabatan Kerajaan.

Tanpa memerlukan aplikasi tambahan Ini juga adalah salah satu usaha IPA dalam memastikan setiap pelanggan akan dapat menerima maklumat yang disalurkan melalui notifikasi ‘sms’ tanpa perlu memuat turun sebarang aplikasi tambahan.

Dengan adanya perkhidmatan notifikasi ‘sms’ ini, IPA berharap akan dapat meningkatkan keberkesanan penyelarasan program latihan IPA yang telah dirancang. Majlis diakhiri dengan penyerahan peralatan elektronik daripada Pengarah IPA, Yang Mulia Hajah Norezan binti Haji Hambali kepada Ketua-Ketua Pusat Latihan IPA bagi tujuan pemberigaan kursus-kursus IPA.

Ketua-ketua Pusat dan Bahagian di IPA bergambar ramai selepas acara dilaksanakan.
Ketua-ketua Pusat dan Bahagian di IPA bergambar ramai selepas acara dilaksanakan.

ARTIKEL YANG SAMA