Inisiatif perkasa sukan judo

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Mei – Dengan hasrat untuk mempromosikan sukan Judo dan menggalakkan pertukaran dalam sukan berkenaan di Negara Brunei Darussalam, dua orang tenaga pengajar Judo dari Kodokan Judo Institute mengadakan sesi demonstrasi judo yang berlangsung di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Haji Hassanal Bolkiah, hari ini.

Sesi demonstrasi berkenaan diadakan oleh Kedutaan Jepun di Negara Brunei Darussalam dengan kerjasama Kementerian Pendidikan, di mana ia dihadiri oleh para pelajar sekolah-sekolah menengah dan maktab-maktab di Negara Brunei Darussalam.

Hadir menyaksikan demonstrasi berkenaan ialah Pemangku Pengarah Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Haji Azis bin Haji Nayan, Setiausaha Pertama Kedutaan Jepun di Negara Brunei Darussalam, Junko Kurihara, guru-guru jasmani dari sekolah-sekolah menengah dan maktab.

Dua orang tenaga pengajar Judo, Chikara Kariyu dan Shusaku Kiryu semasa menunjukkan gerakan asas dan teknik judo dalam sesi demonstrasi di Stadium Tertutup.
Dua orang tenaga pengajar Judo, Chikara Kariyu dan Shusaku Kiryu semasa menunjukkan gerakan asas dan teknik judo dalam sesi demonstrasi di Stadium Tertutup.
Sebahagian daripada pasukan kadet beruniform yang menyaksikan sesi demonstrasi berkenaan.
Sebahagian daripada pasukan kadet beruniform yang menyaksikan sesi demonstrasi berkenaan.

Ia juga turut disaksikan oleh seramai 180 orang pelajar yang terdiri daripada pasukan kadet beruniform di sekolah-sekolah menengah di Negara Brunei Darussalam iaitu seramai 50 orang ahli Pasukan Kadet Polis, 30 orang ahli Pasukan Kadet Bomba dan 100 orang ahli Pasukan Kadet Tentera.

Demonstrasi judo itu dipersembahkan oleh dua orang tenaga pengajar judo iaitu Timbalan Pengurus, Jabatan Antarabangsa, Kodokan Judo Institute, Chikara Kariyu dan pegawai dari Jabatan Muzium dan Perpustakaan, Kodokan Judo Institute, Shusaku Kiryu.

Semasa demonstrasi berkenaan, kedua-dua orang tenaga pengajar berkenaan memberikan tunjuk ajar yang meliputi gerakan asas dan teknik judo serta juga teknik-teknik memanaskan dan melonggarkan otot.