Inisiatif tingkat pencapaian PSR

Inisiatif tingkat pencapaian PSR

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Julai – Sebagai usaha meningkatkan pencapaian para pelajar dalam Penilaian Sekolah Rendah (PSR) tahun ini, Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Jabatan Sekolah-sekolah dan ketua-ketua kelas telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk mencapai sasaran itu.

Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman dalam temu bual ringkas kelmarin berkata, pihak kementerian bekerjasama dengan guru-guru, pemimpin sekolah dan badan jemaah pemeriksa untuk memberikan yang terbaik kepada para pelajar.

“Kita masih berharap untuk mencapai apa yang telah kita nyatakan sebagai sasaran seperti yang semua kita telah rancangkan sebelum ini,” tambah Yang Berhormat Pehin.

Sehubungan itu, beliau berkata kerjasama antara kementerian melalui Jabatan Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan dan Brunei Press Sdn Bhd melalui Memorandum Persefahaman Rabu lepas merupakan kerjasama yang baik dan bijak.

“Brunei Press telah membantu kita dalam beberapa bidang pendidikan, jadi kerjasama dan MoU tersebut akan membawa kepada penyediaan bahan-bahan pendidikan yang disiarkan dalam akhbar supaya semua pelajar mempunyai akses kepada idea yang besar.

“Ada banyak perkara yang kita terbitkan supaya mereka boleh bekerja bersama-sama dan membantu kanak-kanak untuk belajar pada hujung minggu,” kata Menteri Pendidikan lagi.

Satu lagi inisiatif menjadikan graduan universiti boleh dipasarkan, kementerian menggalakkan mereka untuk menceburi keusahawanan supaya mereka boleh berdikari selepas tamat pengajian dan mereka boleh memulakan perniagaan sendiri.

“Kita berharap idea ini akan dapat membantu mereka memenuhi permintaan pasaran kerja dengan beberapa program yang dilaksanakan agar mereka dapat memenuhi keperluan tenaga kerja dalam industri yang berkaitan.

ARTIKEL YANG SAMA